Aktiviti - Aktiviti : Persatuan Pengakap Malaysia

APAKAH AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIADAKAN?

Sekiranya anda merupakan seorang ahli pengakap , sudah tentu anda pernah mengalami aktiviti-aktiviti yang dianjurkan tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah . Seperti yang kita telah sedia maklum , wujudnya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah dianjurkan contohnya perkhemahan dan laung agong. Aktiviti-aktiviti tersebut dapat memberikan manfaat-manfaat kepada ahli-ahli pengakap seperti mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli , memupuk sikap berdikari dalam diri ahli pengakap , meningkatkan kekuatan fizikal dan ilmu pengetahuan serta menambahkan pengalaman .

Aktiviti-Aktiviti :

1. Laung Agung


CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG


1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia



2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.



3. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.



4. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.



5. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

2. Istiadat Mengibarkan Bendera (Laung Agong)


CARA PELAKSANAAN ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA


1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera.

2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad.

3. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan lagu "Negaraku" bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal.

4. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing- masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan.

5. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada Ketua Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain.

6. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman.

3. Perkhemahan

Dalam suatu perkhemahan pengakap , pelbagai aktiviti yang menarik dilakukan . Aktiviti-aktiviti ini mampu melatih minda untuk berfikiran lebih luas dan kreatif . Selain itu , aktiviti-aktiviti tersebut dapat mencergaskan tubuh badan kerana terdapat pelbagai aktiviti yang lasak.

i) Mendirikan Khemah

 

ii) Makan dan minum yang disediakan oleh ahli-ahli pengakap sendiri

iii) Perbincangan Kumpulan


iv) Sesi Permainan

 




v) Malam Kebudayaan


Related image

4. Kawad Kaki

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini